Anggota polis Bukit Aman maut ditembak


Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menghantar satu pasukan khas ke Kedah bagi membantu siasatan kes tembak mati anggota polis di Changloon, malam tadi.

Tindakan berkenaan juga dilakukan dalam usaha memburu suspek.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pasukan terdiri daripada pelbagai elemen JSJ, termasuk Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) sudah dihantar ke utara tanah air awal pagi tadi.

"Setakat ini, saya tidak dapat nyatakan butiran terperinci mengenai penghantaran pasukan khas ke sana (Kedah), namun mereka akan berusaha menjejaki suspek terbabit.

"Selain itu, pihak JSJ masih menunggu laporan dan siasatan yang sedang lagi dijalankan dalam usaha mengenal pasti suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti sama ada lelaki berusia 35 tahun yang sedang berbual dengan anggota polis itu, terbabit atau sebaliknya.

"Pada masa ini, terlalu awal untuk mengesahkan. Individu itu pernah dikenakan sekatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dua tahun lalu,"

Comments

Popular posts from this blog

INI BARU KISAH SEBENARNYA TENTANG KAPAL TITANIC !

Awal Mula Terciptanya Kondom

FPI Akan Menutup 17 Gereja Di Aceh !